Assalamualaikum, malam nie takde mood nak study physio, tapi Alhamdulillah sihat. Bismillah, bloggin sket!

Hoho, cerita bermula camnie, suatu hari kat kelas, semua orang tengah dok khusyuk study BioChem. dalam kelas, tetiba aku disapa oleh seorang wanita jelita kelas aku, Alia “hoi, Fair and Lovely?”. Aku berpaling ke belakang, mengerutkan dahi, menyendengkan alur kening, sebagai tanda ‘no idea’ kepada sapaan beliau. Aku berpaling kehadapan kembali dan secara senyap2 tersenyum tanpa senyum (senyum dalam hati). Kemudian satu kehappyan mula bercambah dalam hati aku.. hoho.

Tapi kehappyan aku ternyata berlangsung sementara waktu sahaja. Lepas habis kelas, aku dikutuk secara intensif dan bersungguh oleh sekutu2 perempuan. Hoho, kata diorang aku bleh jadik model pencuci muka, tapi syarikat pencuci muka tue kena samanlaa sebab model yang dalam iklan tul hodoh. Haish, tension tul kantoi ngan diorang. Tapi happy gak sebab bila kat iklan Ponds (pencuci muka) yang ader watak tue cakap “Selepas saya pakai Ponds, dah ader lelaki yang ajak saya tengok wayang!” Rupanye adalah kebenaran gak dalam iklan tue, aku rasa cam model iklan, lepas pakai produk tue, semua orang pompuan tengok, rambut aku cam ditiup angin setiap masa, pastue cam ader spotlight besar menerangi muka aku di mana saja aku berada… hoho

Orang Russia memang jarang berjerawat. Awek2 diorang memang hot habes! Pada suatu hari, aku tengah naik metro, tetiba aku dudok sebelah makcik MITH (Mother who I Think is still Hot). Dia tengok2 aku. Aku da pelik dah. Rupa2nya dia nie sorang doktor muka, atopon penjual kosmetik, aku pun x pasti. Pastue dia cakaplaa tak bagus muka ader jerawat, tandanya aku nie pengotor dan x sihat. Pastue dia pun cakaplaa dia ader kedai, siap bagi bisness card lagi. Dahlaa suara kuat nak mampos, orang lain pun tengok2 gak. Nasib baik nie metro Russia, kalo RapidKL dah lama aku tempeleng muka plastik makcik tue. Pompuan Russia memang camtue, kecantikan memang top priority diorang.

Cerita ketiga plak yang terflashback setelah peristiwa nie, adalah waktu MRSM dulu. Hoho, kalo mak aku datang bagik stok makanan, mesti tanya aku “Bakpo x paka minyok rambut nie, bakpo sluar sikat nie, paka dok pencuci muko hok ma beli? Supo anok ore asli nih!!”Haha.. no komen, tapi tuelaa nasihat dari seorang ibu. Dia cakap, aku takyah jadik metroseksual tapi hygienic dahlaa. Pastue cikgu seni selalu tegur aku “roomate awak semua x pakai minyak rambut eh?” atopon “rumah cikgu ader sterika..” hihihihi… nasib baik pointer mantap kat MRSM dulu, aderlaa gak pompuan sangkut.. hihi.

So, ape pendapat korang lelaki lain? Roomate aku baru jer cakap “apsal xleh lak pakai pencuci muka?!!”.. hihi, so memandangkan kaum hawa dah tau, dan post nie dah ditulis, tak aci rrr aku jer yang dikantoikan.. sekian.

Kepada roomate2, maaf zahir batin!! HAHA!! Wassalam!

Share

Mungkin korang tak baca lagi...

  • No Related Post