Jun 3, 2008 - a mere boy    No Comments

Perubahan di kampung halaman…

Alhamdulillah, segala puji bagiNya kerana dengan izinnya kerja skolah aku yang banyak tue dah jadik sikit sebab aku sempat buat beberapa tadi. Hehe, aku nie malas sikit, lepas jer siap buat keje skolah, aku rasa lapar. Therefore, aku p smayang isya’ kat masjid berbawakan dompet aku. Masa smayang tue, aku cuba kontrol niat aku datang masjid, bukan kerana nak p beli meggi, tapi kerana ikhlas nak sembah yang Maha Berkuasa. Fiewitt!! Selesai smayang aku menjejakkan kaki di luar masjid, lalu terpijak taik ayam. Aku x kisah, quickly aku melompat keatas basikal mudaku, lalu mengayuh dengan machonya ke arah kedai yang sudah lama aku x ziarahi, iaitu kedai Kak Nie, yang tersohor di seluruh Padang Bongor..

So, why am I telling you this story of me? (Fuhh!!~~) Hal ini demikian kerana, aku rase borim sangat, takde rakan untuk berkongsi cerita, kengkawan sekampung aku smue bz dengan kerja harian mereka, seperti menengok anime, main internet, makan, tido sunat, dan lain-lain lagi. Tapi aku yakin mamat internet yang berkeliaran di ruang virtual ini pasti terserempak dengan coretan nie, dan sedikit sebanyak dapat merasai penderitaan borim yang aku rasai sekarang ini.

So, dalam perjalanan ke kedai Kak Nie, aku melihat banyak perubahan yang berlaku kat kampung aku seperti rumah direnovate, rumput jadi panjang, ramai orang kawin (sob3), orang kampung makin hemsem, dan sebagainya. Setibanya aku di kedai Kak Nie, aku berhenti menggunakan brek tayar belakang, dan berhenti ala-ala tokyo drift. Aku masuk ke kedai tersebut tanpa perasaan ragu-ragu, mengambil 6 bungkus meggi. Lalu ku mendekati Kak Nie, yang sibuk membungkus sesuatu benda, bermulalah dialog ku dengannya…

Aku : Hmmm.. (senyuman manis)

Kak Nie : Hmmm… (manis jugak laa)

Aku : Nie meggi, amik supik so

Kak Nie : Kejap2

Aku : Meggi samah lagi ko loni?

Kak Nie : 70 sen doh, hehe, lamo doh tok beli deh?

Aku : (WTF!!) 70 sen!! This is madness!!

Kak Nie : This is not madness, This is SPARTANNNN!!!!!!!!

Begitulah berakhirnya dialog aku dengan dia. Bahagian last tue aku edit sendiri, walopon perubahan terhadap meggi nie aku agak kurang suka, tapi aku terima sebab mana mungkin harga barang akan turun. Muahaha!!~~ Lalu aku balik, dan ketika tue terdetik nak tulis blog nie. Aku nak bagitau, walaupun aku dianggap hebat sebab dapat blajar jauh2, tp bagi aku kampung aku lagi hebat walaupun diorang stay setempat, hehe, semua perubahan yang aku tengok adalah ke arah kemajuan. Aku memang cukup bangga dengan Padang Bongor. Tetiba terdetik rasa sedih pula rasa nak tinggalkan kampung nie satu hari nanti, kenangannya…

30 minit aku tulis satu post, 30 saat jer untuk satu komen...

CommentLuv badge